Tuesday, 30 September 2014

Khasiat Pemakanan Islam dalam Alquran dan Hadis.



Pemakanan Islam dalam Alquran dan Hadis.


Produk berasaskan "makanan sunnah" seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Ia menjadi trend terkini sehinggakan mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan umat Islam. Perkara sebegini memberi suatu dimensi baharu dalam dunia pasaran makanan. Masyarakat kita dilihat mempunyai daya inisiatif untuk mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan. Walaubagaimana pun, apakah dengan menggunakan produk-produk sebegitu memberi impak maksima kepada kesihatan atau sekadar kelegaan atas sandaran nama Nabi Muhammad SAW?


Benar sekali makanan-makanan yang disebut dalamal-Quran dan menjadi kegemaran serta amalan Nabi mempunyai manfaat dankhasiatnya. Tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam firmanNya tidak dapatdinafikan kelebihannya dan inilah yang seharusnya dikaji secara mendalam pada hari ini. Ia bukan bermakna meragui kebenaran yang diturunkanmelalui  al-Quran atau mempertikaikan sunnah yangdiamalkan, namun sebagai satu pembuktian mengukuhkannya dan masyarakat tidak disogokkan sewenang-wenangnya dengan dakwaan yang tidak berasas.

Persepsi  masyarakat pada hari ini bertakuk kepada hanya "makanan sunnah" itumerupakan makanan yang terbaik tanpa ada roh sebenar sunnah yangdiamalkan tersebut  sama ada dibudayakan atau tidak,khususnya adab dan etika dalam pemakanan. Lantas ada yang mudahtersinggung terus menyelar sekiranya diusulkan bahawa makanan-makanansebegini perlu justifikasi dalam pembuktian saintifik. Kenapa perlu kita menyempitkan pemikiran ini? Sedangkan dalam hal ehwal pemakanankhususnya, selagimana memenuhi konsep halal dan tayyib, makanan lainyang halal dan berkhasiat juga mampu meraih pahala. Adab dan etikapemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW menjadi intipati pentinguntuk diteladani. Contohnya, ada di antara kita suka mencerca makanansekiranya tidak menyukainya. Tetapi Baginda SAW  tidakpernah menunjukkan ketidaksukaannya. Baginda SAW selalu memerhatikankebiasaan dan kecenderungannya. Sekiranya tidak biasa memakan suatumakanan yang tiada di negerinya, maka baginda tidak akan berselera danmenahan diri daripada memakannya dan tidak pula melarang orang lain yang menyukainya. Oleh sebab itu, tiada keselarian sekiranya kitamengamalkan makanan yang dikatakan "makanan sunnah" tersebut tetapidalam masa yang sama tidak membudayakan sunnah yang ditunjukkan olehRasulullah SAW. Maka, kesannya, sunnah tersebut telah salahditerjemahkan dalam amalan seharian kita dan ia mencalar integriti umat Islam itu sendiri.

Memang tepat "makanan sunnah" merupakanmakanan yang baik dan hebat. Banyak kajian moden yang merungkai danmembuktikan kehebatannya. Namun, Allah juga telah mengurniakankepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati olehhambaNya. Apakah kita lupa bahawa terdapat tumbuhan warisan tempatan dinegara kita juga  mempunyai nilai pemakanan yang tinggi?Maka, ia juga perlu dikaji agar benar-benar memberi manfaat kepada kitakhususnya. Apakah tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di iklim negara kitajuga mempunyai nilai pemakanan yang seumpama dengan tumbuhan yangterdapat di negara-negara Arab? Ia merupakan satu perkara yang amatmenarik untuk dikaji dan diterokai. Justeru, penerokaan penyelidikanterhadap khazanah tumbuhan di negara kita perlu dirintiskan agar masyarakat menghargai apa yang terdapat di sekeliling mereka.

Satu perkara penting yang perlu diambilkira dalam konteks perbincangan iniialah saranan Nabi Muhammad SAW dalam mengubati penyakit denganubat-ubatan dan makanan yang biasa digunakan. Secara semulajadinya,amalan kebiasaan atau kelaziman adalah seperti tabiat bagi seseorangmanusia. Ia mempunyai kesan besar terhadap tubuh badan. Sepertimanaseorang ahli perubatan Arab iaitu Harith bin Khaladah mengungkapkan,"pencegahan adalah inti pengubatan. Perut adalah sumber penyakit.Biasakanlah tubuh itu memakan sesuatu yang biasa dimakan." Maka denganitu, adalah lebih baik sekiranya kita juga meneroka dan menghargaikhasiat serta manfaat makanan dan tumbuhan yang berada di sekeliling kita sebagai sumber makanan jua ubatan.

Dalam aspek yang lain,terdapat juga inovasi dari syarikat tempatan yang cuba menduplikasikanmakanan yang disebut dalam sunnah secara eksplisit seperti sup talbinah. Perkataan ‘talbin" (gulai daging) menurut al-Harawi bahawa ia sepertisusu, putih dan lembut, diperbuat daripada tepung gandum dan sangatbermanfaat bagi orang yang sakit. Sepertimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim  bahawa
Nabi SAW bersabda, "Hendaklah kamu sekalian memakan makanan yang tidakberapa sedap tetapi bermanfaat iaitu talbin (gulai daging)". Produktersebut amat berinovasi namun apakah ia adalah sunnah dan bertepatandengan resepi asal talbinah sepenuhnya sepertimana yang disarankan olehNabi SAW? Dilihat dalam konteks terkini berinspirasikan amalan Nabi serta prinsip kebiasaan seseorang individu barangkali aneka sup yang
lembut dan sesuai dengan perut boleh diberikan kepada pesakit. Tambahanpula, ia diperbuat daripada bahan makanan yang biasa kita makan. Apayang dirisaukan adalah sandaran sunnah itu mempunyai nilai kormesialbagi pengeluar produk tanpa mengira kesannya. Apatah lagi sekiranyaduplikasi secara eksplisit itu diterapkan dalam sesuatu produk terkinidan dicampur dengan gula tambahan, krimer bukan tenusu dan malt kemudian dilabelkan sebagai sunnah.

Nabi SAW bukan setakat makan makanan yang disebut dalam al-Quran seperti madu, kurma, dan buah zaitun tetapi Nabi SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada  tepung gandum, daging dan lain-lain, tetapi mengapakah makanan-makanansebegini pula tidak dilabel sebagai "makanan sunnah"? Satu persoalanyang boleh dilontarkan agar membuka minda kita. Jelas sekali bahawapersepsi makanan sunnah itu harus diperbetulkan kerana apa yang pentingadalah adab dan etika pemakanan yang harus diutamakan. Bukannya mendakwa tentang khasiat sesuatu makanan sunnah tetapi tidak mengetahuisejauhmana ia memberi kesan kepada kesihatan. Bukanlah mengehadkan ideakreatif masyarakat muslim tetapi segala yang hendak disandarkan denganRasulullah SAW perlu ada kajian lanjut dan bukan melabelkannya sesukahati. Apatah lagi jika didakwa dengan pelbagai manfaat penyembuhanpenyakit tetapi tanpa pembuktian saintifik kemudian kesannya tidak seperti yang diuarkan.

Walaubagaimana pun, ada hikmah yang tersirat di sebalik makanan yang disebut di dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW. Sesetengahnya telah pun dibuktikan melalui kajiansaintifik dan ada yang masih belum diterokai. Cuma perlu diselidiki dengan lebih mendalam setiap jenis makanan tersebut dan khasiatnya yangtepat kerana ia mempunyai pelbagai spesies. Walaupun daripada jenis yangsama tetapi keberkesanan dan khasiatnya berbeza. Contohnya madu yangmempunyai pelbagai jenis bergantung kepada jenis lebah danpersekitarannya, dan sudah pastilah ia memberi fungsi yang berbeza.Justeru ia perlu dikaji secara lebih terpenci dan umat Islam tidak harus salah dalam menginterpretasikannya.

Apa yang penting, kajianpembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalahuntuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifatkomersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakattidak harus menyempitkan persepsi "makanan sunnah" itu dengan makanantertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islammembenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebutdalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatansemasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu.Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab danetika pemakanan dalam Islam wajar diketengahkan dan diutamakan serta
dijadikan amalan.

Sumber:http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8828-memecah-dimensi-makanan-sunnah-dan-realiti-hari-ini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...